SILAMBAM

SILAMBAM

Silambam adalah sejenis seni mempertahankan diri yang ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di seluruh dunia. 
Pra pengkaji berpendapat bahawa Seni Silambam telah
wujud sejak 5000 tahun dulu,  iaitu sejak zaman pra-sejarah dan sebelum kedatangan kaum Aryan ke India. Justerunya , seni Silambam bolehlah dianggap sebagai seni mempertahankan diri yang tertua di dunia. Seni Silambam merupakan satu seni di dalam 64 jenis seni yang digariskan oleh masyarakat Tamil tradisional sebagai harus dipelajari untuk menjadi insan yang sempurna. Namun demikian seni Silambam ini tidaklah bersifat saintifik pada zaman silam. Peredaran masa telah memodenkan dan memantapkan seni ini sejajar dengan keadaan dan kepentingan zaman. Latihan-latihan dan teknik-teknik memusing tongkat Silambam dan sebagainya telah mengalami kejituan.

Semasa perkembangan agama buddha, seni mempertahankan diri ini telah dibawa ke China dan Jepun oleh sami-sami Buddha khususnya, Bodhidharma telah mempertahankan seni ini di kota Sang han, Negeri Wei di utara China.

Seni Silambam telah mengalami perkembangan pesat pada awal abad ke 16. Ia menjadi asas dan penting bagi kekuatan fizikal di dalam latihan ketenteraan sebelum diajar seni pedang. Seni Silambam telah berkembang ke Asia Tenggara di antara 1000 hingga 1500 tahun yang lalu. Perkembangan ini adalah hasil usaha raja-raja Tamil daripada India yang merantau ke rantau ini.

    Pada akhir abad ke-14, pekerja-pekerja Tamil daripada India ke Malaya iaitu Malaysia ,   oleh penjajah Inggeris. Pekerja-pekerja ini telah membawa seni Silambam ini ke Malaya.  Namun demikian,  guru-guru yang telah mengajar seni ini dapat dikesan hanya sejak tahun 1920 sahaja. Semasa perang dunia ke-2, seni Silambam telah menjadi popular khasnya di Kuala Selangor, Kapar dan Kelang.

  Oleh kerana seni ini ialah seni yang dibawa masuk ke Malaya dari luar, maka ia tidak mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang di bawah penjajahan barat. Justerunya seni Silambam perlu diajar secara rahsia, di dalam hutan dan tempat-tempat yang tidak dilalui orang.



Seni Silambam (Apa itu Silambam)


     Silambam bermakna pergerakkan tanpa senjata dan senjata seperti tongkat kayu, pedang, tombok dan sebagainya. Silambam juga diertikan sebagai bakat pertandingan, tindakan untuk menakutkan orang lain, tindakan bertaktik dan memusing tongkat kayu.
Kepakaran awal dalam seni Slambam ialah "membina rumah". Di sini ahli akan menetapkan langkah kaki bilangan langkah 16, 32, 64 dan sebagainya untuk meletakkan musuh di bawah penguasaannya sebelum menerkamnya.
Kepakaran berikut adalah kemahiran-kemahiran membongkok, lincah, bakat dan membelasah dengan bertindak tanpa menggerakkan badan dan menggerakkan badan pada empat situasi, iaitu kepala, bahu, pinggang dan kaki tanpa sebelah tangan atau kedua-dua belah tangan menjadi lesu.

Peraturan-peraturan

Peraturan umum
 
Peserta hendaklah sentiasa bergerak dan menggerakan kayu secara bulatan selain daripada masa mengambil mata. Jika tidak berbuat demikian, peseta itu akan diberi amaran. Selepas 3 kali amaran diberi, mata akan ditolak.
Peserta dilarang sama sekali mentuh lawan dengan menggunkan sebelah tangan sahaja .Jika berbuat demikian, mata tidak akan diberi . Peserta yang bertanding hanya boleh menyentuh di sasaran yang dibenarkan.Jika salah seorang peserta lawannya semasa bertanding , maka peserta itu diumumkan sebagai pemenang.Tetapi jika kayu peserta itu terjatuh kerana tergelincir, maka peserta itu boleh mengambil kayu dan memeneruskan pertandingan itu.

Kategori Pertandingan (Mengikut berat dalam kg) Lelaki
Sub Junior
a) kanak –kanak berumur 10 tahun ke bawah
Junior
30 – 40kg
40 – 50kg
Senior
50 – 52kg
52 – 56kg
56 – 60 kg
67.5 – 75kg
75kg ke atas

Perempuan
berumur 10 tahun ke bawah
sehingga 25kg
25 – 30kg
30 - 35kg
35 – 40kg
40 – 44kg
44 - 48kg
48 – 52kg
52kg ke atas

Kategori Veteran
Pertandingan menunjukan kemahiran individu dalam seni silambam ini bagi perserta yang berumur 45 tahun ke atas.

Pertandingan – pertandingan lain

Selain daripada pertandingan di atas , diadakan juga beberapa pertandingan lain seperti di bawah:-
I – Pertandingan kumpulan/pasukan
Terdapat seramai 10 orang dalam setiap kumpulan.Setiap kumpulan perlu menunjukan kemahiran – kemahiran masing- masing dalam silambam sahaja. Setiap kumpulan di beri masa 10 minit dan hanya 20 kumpulan sahaja boleh menyertai pertandingan pasukan ini.

Bilangan Orang Yang terlibat dalam satu pertandingan
2 orang peserta (seorang dengan tali pinggan merah dan seorang lagi dengan hijau)
1 orang ketua pengadil
2 orang penolong pengadil (seorang pengadil untuk seorang peserta)
2 orang penghebah markah







Teknik Dan Taktik

Ahli Silambam yang menghadapi musuh tidak akan memerhatikangerakan-gerakan tangan mahupun kaki musuh. Sebaliknya ia hanya akan mengamati mata si musuh sahaja. Ini adalah untuk mengetahui lebih awal akan gerakan-gerakan kaki dan tangan yang melibatkan taktik-taktik seperti mengerat dan berpura-pura menikam, membelasah, berundur dengan berpura-pura melempar dan sebagainya.

Seseorang yang telah menjadi mahir dalam seni silambam boleh mengalahkan berpuluh orang dengan menggunakan tongkat. Dia menjatuhkan orang dengan menggunakan teknik-teknik seperti langkah kera, langkah ular, pengamatan singa, lompat katak, sambar helang dan sebagainya.

Selain itu terdapat ahli Silambam yang dapat melompat ke atas dan berdiri di atas pokok dan melompat melewati tombok dengan meggunakan tongkat. Apabila dikatakan tongkat Silambam, bukanlah sebarang kayu boleh digunakan. Buluh keras atau rotan yang tidak terbelah atu terguris dan berlilitan kira-kira 3 cm akan dipilih setelah mengamati luas, berat, kelasakan dan kelenturan. Ia akan direndamkan ke dalam air buat beberapa lama. Seterusnya ia akan dibanting di permukaan air yang mengalir dan tidak mengalir untuk meninggikan kelasakan. Kayu yang telah siap ini akan dikerat setinggi ahli Silambam yang bakal menggunakannya.
Ini adalah kerana seni Silambam bukanlah rekaan belaka. Ia dibentuk berdasarkan taktik dan teknik haiwan-haiwan seperti harimau, ular, beruang, burung, gajah dan sebagainya berkelahi di dalam hutan bagi mengalahkan musuh atau untuk mempertahankan diri. Masyarakat Tamil tradisional mengubahsuai taktik dan teknik haiwan seperti di atas mengikut keperluan dan kebolehan. Mereka melahirkan pelbagai seni mempertahankan diri termasuklah seni Silambam yang tidak menggunakan senjata dan yang menggunakan senjata.

2 orang penolong pencatat markah
1 orang penjaga masa
1 orang pencatat markah di papan markah

2 comments: